Padang Serai, Kulim

Padang Serai ialah sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Kulim, Kedah, Malaysia. Kebanyakan penduduk juga bertempat di Padang Serai kerana bandar kecil ini juga terletak tidak jauh ke Lebuhraya Utara Selatan (bahagian Pulau Pinang ke Ipoh). Bandar ini ialah bandar satelit Bandaraya Pulau Pinang.Padang Serai juga merupakan bandar sedang membangun di Selatan Kedah Darul Aman. Terdapat banyak perumahan lama dan baru disini merangkumi hampir 10,000 unit perumahan. Terdapat juga sebuah Hotel bernama D'Keriangan yang menyediakan kemudahan penginapan.